12 maut akibat banjir, tanah runtuh di Brazil

Bernama
Mac 24, 2024 19:30 MYT
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad. - Foto AP
BOGOTA: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh berikutan hujan berterusan di Brazil, kata pegawai pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.
Hujan lebat terutamanya di Petropolis, Rio de Janeiro, dan negeri jiran Espirito Santo menjejaskan wilayah tenggara dan menyebabkan banyak kejadian, termasuk tanah runtuh.
Pasukan pertahanan awam dan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat untuk menangani situasi itu.
Menerusi hantaran di X, Presiden Luiz Inacio Lula da Silva berkata tragedi alam sekitar seperti itu semakin meningkat susulan perubahan iklim yang menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Beliau menyatakan simpati kepada mangsa dan menegaskan kerajaan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan serta negeri untuk melindungi, mencegah dan membaiki kerosakan akibat banjir.
-- BERNAMA
#banjir #tanah runtuh #Brazil #Rio de Janeiro
;