12 ditahan susulan serangan di London

Agensi
Jun 4, 2017 07:40 MYT
Penahahan 12 orang itu dilakukan di sekitar timur London oleh Unit Anti Keganasan negara itu. - Foto REUTERS/Hannah McKay
Polis Britain telah menahan 12 orang yang berhubung kait dengan serangan di London Bridge, di sini pada Ahad.
Penahahan dilakukan di sekitar timur London oleh Unit Anti Keganasan negara itu.
Sementara itu, kumpulan Daish mengaku bertanggungjawab dalam serangan tersebut, menurut satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman web Amaq, agensi berita kumpulan militan itu.
Seramai tujuh orang maut dalam serangan rempuhan van dan tikaman pada malam Sabtu, sementara 48 yang lain cedera.
Polis berjaya menembak mati tiga suspek lelaki, yang menggunakan van sewa untuk merempuh pejalan kaki di London Bridge, sebelum menyerang orang ramai di Borough Market dengan pisau.
#Britain #keganasan #London #london bridge #mati #maut #militan #polis #serangan #suspek
;