12 cedera insiden tembakan di pub Toronto

Astro Awani
Mac 9, 2025 11:30 MYT
Tiada maklumat dikeluarkan mengenai tiga suspek berhubung insiden yang berlaku berhampiran Scarborough Town Centre di bandar itu. - Foto AP
TORONTO: Sekurang-kurangnya 12 orang cedera dalam insiden tembakan dekat sebuah pub di Toronto, Kanada pada Jumaat malam.
Menurut polis, suspek masih bebas dan tiada kecederaan yang mengancam nyawa, dengan enam daripada mangsa mengalami luka tembakan.
Mangsa dalam kejadian tembakan berusia antara 20-an hingga pertengahan 50-an.
Tiada maklumat dikeluarkan mengenai tiga suspek berhubung insiden yang berlaku berhampiran Scarborough Town Centre di bandar itu.
Perkhidmatan paramedik Toronto memberitahu insiden itu merupakan situasi dalam kawalan dengan kecederaan dialami mangsa berada pada tahap ringan hingga kritikal.
#tembakan #pub #cedera #Scarborough Town Centre
;