Lebih dari 110 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis pada Jumaat.

Manakala 12 orang lagi ditahan ketika pertempuran kata jurucakap polis Israel Micky Rosenfeld lapor Ma'an News.

Kata Rosenfeld kepada Ma'an, perusuh Palestin ‘bertopeng’ telah membaling batu kepada pegawai ketika pertempuran.

Ketika kejadian, tentera Israel telah menyerang kawasan suci itu dengan melepaskan bom tangan serta menembak peluru keluli bersalut getah.


Foto oleh Ma'an News
Gambar ketika pertempuran - Foto oleh Ma'an News

Gambar ketika pertempuran -  Foto oleh Ma'an News
Yang tercedera dihantar ke Klinik Al-Alqsa - Foto oleh Ma'an News

Wartawan dan pasukan paramedik telah dipaksa keluar dari kawasan berkenaan ketika pertempuran tercetus.

Pihak medik memberitahu bahawa lebih daripada 110 orang yang cedera tiba di klinik Al-Aqsa dan beberapa lagi telah dipindahkan ke hospital Makassed.

Pengarah Al-Aqsa, Omar al-Kiswani dan Menteri Berkuasa Palestin Adnan al-Husseini telah ditembak dengan peluru bersalut getah di kaki dan paha masing-masing.

Manakala ahli Lembaga Pengarah Wakaf Islam di sana, Abdulatheem Salhab dan Fayez an-Obaidi telah ditembak dengan peluru getah di dada.


Foto oleh Ma'an News
Tentera Israel sedang mengepung Al-Aqsa - Foto oleh Ma'an News

Sementara itu, tiga wanita mengalami patah kaki dan lima yang lain mengalami pelbagai kecederaan kepala.

Ketegangan berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini, selepas tentera Israel melancarkan kempen besar-besaran di seluruh Tebing Barat pada bulan Jun yang membawa kepada 10 kematian, 130 kecederaan, dan lebih daripada 600 tangkapan.

Kemudiannya diikuti dengan Operasi Perlindungan Sempadan di Gaza, yang telah mengorbankan lebih 300 rakyat Palestin dalam tempoh 12 hari lepas.