11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine

Astro Awani
Mac 9, 2025 09:15 MYT
Sewaktu anggota penyelamat sedang memadam kebakaran, pihak penceroboh melancarkan serangan sekali lagi. - Foto AP
DOBROPILLIA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 30 lagi cedera, termasuk lima kanak-kanak dalam serangan peluru berpandu dan dron oleh Rusia di bandar Dobropillia, timur Ukraine.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Ukraine pada Sabtu, tiga orang awam turut terbunuh dalam serangan dron di wilayah Kharkiv di timur laut negara itu.
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron, menyebabkan kerosakan pada lapan bangunan bertingkat serta 30 buah kenderaan.
Kata kementerian itu lagi, sewaktu anggota penyelamat sedang memadam kebakaran, pihak penceroboh melancarkan serangan sekali lagi.
Serangan turut menyebabkan trak bomba mengalami kerosakan.
Kementerian juga berkongsi gambar menunjukkan bangunan separa musnah yang terbakar serta pasukan penyelamat sedang mengalihkan runtuhan dari lokasi.
#serangan peluru berpandu #Dobropillia #orang awam #kebakaran
;