11 terbunuh, 36 cedera dalam serangan bom di Istanbul

Agensi
Jun 7, 2016 13:43 MYT
Trak terbabit dilapor membawa sepasukan anggota polis anti rusuhan.
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh manakala 36 cedera dalam satu serangan bom yang mensasarkan sebuah trak polis di Istanbul pada Selasa.
Menurut media tempatan, trak terbabit membawa sepasukan anggota polis anti rusuhan.
Letupan turut mengakibatkan beberapa kenderaan awam rosak.
Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbaharu di Istanbul ini.
#polis anti rusuhan #serangan bom #trak polis