11 rakyat Amerika terbunuh di Israel - Presiden Joe Biden

Agensi
Oktober 9, 2023 05:30 MYT
BIDEN: Walaupun kami masih berusaha untuk mengesahkan, kami percaya ada kemungkinan warga Amerika Syarikat termasuk dalam mereka yang ditahan oleh Hamas. - Gambar fail AP
SERAMAI 11 rakyat Amerika Syarikat (AS) dilaporkan maut di Israel, kata Joe Biden.
"Kami dimaklumkan sekurang-kurangnya 11 warga Amerika Syarikat terbunuh - kebanyakan daripada mereka telah menjadikan Israel sebagai rumah kedua," kata Presiden AS itu seperti dilaporkan Al Jazeera.
"Walaupun kami masih berusaha untuk mengesahkan, kami percaya ada kemungkinan bahawa warga Amerika Syarikat mungkin termasuk dalam mereka yang ditahan oleh Hamas," tambah beliau.
AS dilaporkan sangat berhati-hati dalam menyatakan sokongan kepada Israel, dengan Setiausaha Negaranya Antony Blinken dikesan memadam hantaran beliau di media sosial yang menyebut kemungkinan perjanjian gencatan senjata dihentikan.
Dalam hantaran itu, Blinken menggambarkan panggilan telefon dengan rakan sejawatannya dari Turki menyokong "advokasi Ankara untuk gencatan senjata dan pembebasan semua tawanan oleh Hamas dilakukan dengan segera."
"Ini berkemungkinan memberi kita gambaran mengenai pemikiran dalam pentadbiran Biden," kata Alan Fisher dari Al Jazeera yang melaporkan dari Washington, "namun, dari segi tentera, mereka (AS) jelas menyokong Israel." - Al Jazeera
#Palestin-Israel #11 rakyat AS terbunuh #rejim Zionis #Presiden Joe Biden
;