11 perisik terbunuh, 63 cedera serangan di Afghanistan
Astro Awani
Julai 13, 2020 07:15 MYT
Julai 13, 2020 07:15 MYT
SEKURANG-kurangnya 11 anggota agensi perisikan Afghanistan maut pada Isnin dalam serangan yang dilancarkan pemberontak Taliban di Aybak, ibu kota wilayah Samangan.
Jurucakap Gabenor Samangan, Sediq Azizi berkata, serangan terhadap sebuah pusat perisikan itu bermula dengan pengeboman bunuh diri, turut mencederakan 63 orang awam.
"Seorang pengebom bunuh diri menyerang kawasan itu, diikuti dua pemberontak yang melepaskan tembakan dan kedua-duanya terbunuh dalam pertempuran.
"Letupan pengeboman awal dapat didengar sejauh beberapa kilometer, turut merosakkan beberapa bangunan berdekatan," katanya pada Isnin.
Sediq berkata, Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Katanya, pemberontak menyasarkan pasukan keselamatan meskipun telah menandatangani perjanjian damai dengan Amerika Syarikat pada Februari lalu.
#Afghanistan
#Amerika Syarikat
#cedera
#keselamatan
#letupan
#mati
#maut
#serangan
#Taliban
#tembakan