11 menteri kabinet Mesir letak jawatan
Astro Awani
Julai 2, 2013 08:42 MYT
Julai 2, 2013 08:42 MYT
Tentera Mesir telah menafikan merancang rampasan kuasa selepas memberi tempoh 48 jam kepada Presiden Mohamad Morsi dan pembangkang mencari penyelesaian.
Menurut sebuah kenyataan, campur tangan perlu demi menyelamatkan negara dan rakyat daripada perpecahan.
Morsi menerima tamparan hebat apabila 11 menterinya bertindak meletak jawatan dalam kabinet.
Semua mereka membuat keputusan itu, sebagai simpati terhadap penunjuk perasaan yang mendesak pemimpin yang disokong Ikhwanul Muslimin meletak jawatan.
Turut meletak jawatan ialah lapan Ahli Parlimen.
Antara mereka termasuk Menteri Pelancongan dan Menteri Perhubungan Komunikasi Dan Teknologi Maklumat negara itu.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.