11 maut serangan pejabat pendidikan Afghanistan
Sinar Harian
Julai 11, 2018 07:53 MYT
Julai 11, 2018 07:53 MYT
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu bangunan jabatan pendidikan di timur Afghanistan semalam.
Menurut jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani, 10 mangsa yang kebanyakannya pekerja dilaporkan cedera dalam serangan kali kedua di bandar Jalalabad dalam tempoh beberapa hari ini.
Khogyani menambah, kesemua mangsa yang maut ialah kakitangan di cawangan jabatan pendidikan itu termasuk pengarahnya.
Selain itu, dua penyerang turut terbunuh dalam pertempuran berkenaan.
Difahamkan ramai kakitangan dilaporkan terperangkap dalam bangunan ketika pertempuran senjata antara pasukan keselamatan dan militan.
Sementara itu, seramai 20 kakitangan berjaya diselamatkan dalam pertempuran itu. - Agensi