11 maut nahas babit kereta api, bas mini di Jawa Timur

Bernama
November 20, 2023 11:40 MYT
Keadaan bas mini yang dirempuh kereta api di Lumajang, Jawa Timur. - Foto Antara
JAKARTA: Sebuah kereta api merempuh bas mini di daerah Lumajang, wilayah Jawa Timur, Indonesia pada Ahad malam meragut nyawa 11 orang dan mencederakan tiga yang lain, menurut seorang penyelamat.
Ketua pejabat mencari dan menyelamat Jawa Timur Muhammad Hariyadi berkata nahas berlaku ketika bas mini itu melintasi persimpangan kereta api tanpa penghadang sebelum sebuah kereta api merempuh bas berkenaan.
Kejadian berlaku di kampung Ranupakis pada 7.53 malam waktu tempatan.
Sementara itu, polis berkata siasatan sedang dijalankan.
-- BERNAMA
#Nahas #kereta api #bas mini #meninggal dunia
;