11 maut dalam kebakaran di India

Bernama
Oktober 6, 2023 15:00 MYT
Sekurang-kurangnya 11 maut dalam dua insiden kebakaran berasingan di India pada Jumaat. - Gambar hiasan
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 maut manakala 40 lagi cedera dalam dua insiden kebakaran berasingan di India pada Jumaat, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan bertingkat di kawasan Goregaon di ibu kota kewangan Mumbai di barat daya negeri Maharashtra, mengorbankan tujuh orang dan mencederakan hampir 40 orang.
Lima daripada mereka yang cedera dikatakan berada dalam keadaan kritikal manakala empat lagi dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima bantuan awal perubatan.
Menurut laporan media, kebakaran telah berjaya dikawal. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran.
Sementara itu, satu lagi kebakaran berlaku di sebuah kilang farmaseutikal di kawasan Amritsar di negeri Punjab meragut empat nyawa pekerja dalam kejadian pada waktu malam antara Khamis hingga Jumaat.
Kuantiti besar bahan kimia di dalam kilang itu mungkin telah menyebabkan kebakaran. Bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai punca kejadian itu.
-- BERNAMA
#kebakaran besar #India #angka korban #kilang ubat
;