11 maut, 15 cedera disambar petir di Columbia
AFP
Oktober 7, 2014 11:20 MYT
Oktober 7, 2014 11:20 MYT
11 rakyat Columbia maut apabila disambar petir ketika menghadiri mesyuarat pemimpin komuniti orang asli Wiwa pada Isnin.
Pejabat Siasatan Negara berkata, kejadian yang berlaku di kawasan pergunungan di utara Colombia itu turut mencederakan 15 warganya.
“Pemimpin-pemimpin etnik ketika itu sedang mengadakan mesyuarat ketika fenomena semula jadi ini berlaku,” kata wakil organisasi tersebut yang turut bertanggungjawab melindungi hak asasi manusia Columbia.
Golongan orang asli Wiwa ketika itu sedang mengadakan satu upacara “ritual pengharmonian kerohanian,” kata Pertubuhan Kebangsaan Orang Asli Colombia (ONIC) kepada wartawan.
ONIC berkata upacara ritual orang Asli Wiwa tersebut diadakan kerana mereka berhadapan dengan masalah perubahan iklim.
Mereka yang cedera telah dibawa ke pusat kesihatan di bandar Caribbean Santa Marta untuk mendapatkan rawatan.
Pihak kaji kuaca berkata ribut petir itu terhasil daripada gabungan pemanasan haba yang kuat pada malam Ahad dan tekanan udara rendah gelombang tropika.