11 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran antijunta Myanmar

Astro Awani
April 8, 2021 22:45 MYT
Sekurang-kurangnya 11 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan junta tentera di sebuah bandar di barat laut Myanmar. -Gambar fail/Reuters
NAYPYITAW: Sekurang-kurangnya 11 lagi penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan junta tentera di sebuah bandar di barat laut Myanmar.
Penunjuk perasaan antirampasan kuasa itu bersenjatakan pistol buatan sendiri, pisau dan bom tangan untuk menentang junta tentera yang hadir untuk meleraikan mereka di bandar Taze.
Pertempuran berterusan sehingga awal pagi Khamis menyebabkan 11 penunjuk perasaan maut manakala 20 lagi cedera.
Jumlah orang awam terbunuh sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu lebih daripada 600 orang.
Manakala, puluhan lagi cedera akibat daripada kekerasan digunakan junta tentera Myanmar dalam meleraikan demonstrasi.
Negara-negara antarabangsa setakat ini mendesak demokrasi dipulihkan di Myanmar.
Rampasan kuasa itu dibuat tentera Myanmar susulan dakwaan penipuan dalam pilihan raya lalu.
#Myanmar #tunjuk perasaan #tentera #pertempuran #Junta #Penunjuk perasaan #pilihan raya #protes #Taze