11 kanak-kanak antara 37 maut dalam kebakaran pusat beli belah

APTN
Mac 25, 2018 06:12 MYT
Kebakaran yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 11 kanak-kanak di Rusia. -Foto REUTERS
Sekurang-kurangnya 37 terbunuh dengan 11 daripadanya kanak-kanak dalam kebakaran pusat beli belah di Kemerovo, Rusia.
Dalam kejadian pada tengah hari Ahad itu, 43 pengunjung lain dilapor mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.
Suruhanjaya Siasatan Rusia mengesahkan 69 pengunjung termasuk 40 kanak-kanak masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan di pusat beli belah bertingkat berkenaan.

аpic.twitter.com/AHoSSluBbL

— Dasha (@DashaOy) March 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Canselor Austria Sebastian Kurz melalui akaun Twitternya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

My condolences to the families and friends of the victims of the terrible fire in the shopping mall in #Kemerovo. It is tragic that so many children are dead or missing. I wish a speedy recovery to those injured. #Russia

— Sebastian Kurz (@sebastiankurz) March 25, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Laporan awal menyebut kejadian berpunca dari kawasan permainan kanak-kanak.
Kebakaran dikatakan bermula di kawasan permainan trampolin yang terbakar akibat percikan pemetik api yang didakwa digunakan salah seorang mangsa.
Laporan lain menyebut bahawa kebakaran juga dipercayai akibat litar pintas di kawasan permainan terbabit.
Siasatan lanjut masih dijalankan.
#Hospital #Kanak-kanak #kebakaran #meninggal dunia #Moscow #Rusia #wanita
;