11 individu isytihar bertanding jawatan PM UK

Astro Awani
Julai 11, 2022 08:15 MYT
Menteri Perdagangan Penny Mordaunt secara rasmi mengisytiharkan beliau akan bertanding. - Foto REUTERS
LONDON: Perlumbaan untuk menggantikan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson semakin rancak apabila tujuh lagi calon mengisytiharkan hasrat mereka untuk bertanding merebut jawatan itu.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan calon yang bertanding jawatan Perdana Menteri Britain sebanyak 11 orang.
Menteri Perdagangan Penny Mordaunt secara rasmi mengisytiharkan beliau bertanding.
Ini disertai Setiausaha Pengangkutan Grant Shapps, Menteri Kewangan Nadhim Zahawi dan bekas menteri Jeremy Hunt serta Menteri Kesihatan, Sajid Javid.
Turut umum pencalonan adalah Ahli Parlimen Konservatif, Rehman Christi dan Setiausaha Luar Negara, Liz Truss.
Calon lain termasuk Kemi Badenoch, Tom Tugendhat, Seulla Braverman dan Rishi Sunak.
Antara ikrar calon-calon tersebut adalah cukai yang lebih rendah dan permulaan baharu kepada pentadbiran daripada skandal yang melanda kerajaan Boris Johnson.
Jawatankuasa Penggubal Undang-undang Parti Konservatif 1922 akan menetapkan jadual waktu yang tepat selepas mesyuarat pada Isnin.
Seorang Pegawai Eksekutif Jawatankuasa 1922, Bob Blackman berkata, pencalonan akan ditutup pada petang Selasa, diikuti dengan proses untuk mengurangkan calon ke dua peringkat akhir menjelang 21 Julai.
Ahli parti akan memilih pemimpin parti baharu pada musim panas, yang kemudiannya akan menjadi Perdana Menteri.
Keputusan pemilihan kepimpinan akan diumumkan pada bulan September.
Johnson mengesahkan akan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas ahli parlimen dan menteri kabinetnya memberontak akibat beberapa skandal.
Johnson menyatakan akan kekal dijawatan itu sehingga Perdana Menteri baharu dipilih.
#Perdana Menteri #calon #Penny Mordaunt #Boris Johnson
;