11 calon bertanding dalam pemilihan presiden Zimbabwe
Astro Awani
Jun 23, 2023 09:15 MYT
Jun 23, 2023 09:15 MYT
HARARE: Seramai 11 calon termasuk penyandang Presiden Emmerson Mnangagwa sudah mendaftar untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden pada Pilihan Raya Umum (PRU) Zimbabwe nanti.
PRU Zimbabwe dijadualkan pada 23 Ogos untuk memilih Presiden baharu, wakil parlimen dan wakil kerajaan tempatan untuk penggal lima tahun.
Pada PRU 2018, seramai 23 calon bertanding untuk merebut jawatan Presiden.
Namun, kali ini bilangan calon mendaftar berkurangan, sebahagiannya disebabkan oleh yuran pendaftaran yang tinggi.
Calon Presiden perlu membayar AS$20,000 (RM93,000) untuk mendaftar sebagai calon.
Pemilihan Presiden kali ini bakal menyaksikan Mnangagwa akan berdepan pencabar utama Nelson Chamisa dari parti pembangkang Citizens Coalition For Change.
Calon lain termasuk bekas Menteri Belia Savior Kasukuwere.
Manakala Presiden Parti Buruh, Ekonomi dan Demokrat Afrika, Linda Masarirwa menjadi calon wanita tunggal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Zimbabwe akan mengumumkan jumlah calon yang berjaya pada Jumaat.