11,500 penduduk Papua dipindahkan

Astro Awani
Oktober 3, 2019 00:45 MYT
Sejak 23 September sehingga Rabu, tentera udara Indonesia sudah memindahkan 7,476 orang dar Wamena menggunakan pesawat Hercules. Foto: Reuters
LEBIH 11,500 penduduk tempatan telah dipindahkan dari bandar Wamena susulan pertempuran yang disifatkan terburuk di Papua, Indonesia bulan lalu.
Wamena yang terletak di bahagian barat Pulau New Guiena sebelum ini berdepan masalah pemberontakan pemisah.
Untuk rekod, Papua merangkumi wilayah dua timur Indonesia dan mempunya penduudk etnik Melanesia yang berbeza.
Protes mula memuncak sejak akhir Ogos lalu selepas sekumpulan pelajar Papua di Surabaya diserang pihak berkuasa yang mendakwa mereka menghina bendera Indonesia.
Dalam pergolakan yang tercetus pada 23 September lalu, 33 dilaporkan terbunuh manakala puluhan yang lain cedera.
BACA: Lebih 20 mangsa dibakar hidup-hidup dalam rusuhan di Papua
Memetik laporan Reuters, menurut Pegawai Kementerian Sosial Indonesia, Harry Hikmat, sejak 23 September sehingga Rabu, tentera udara Indonesia sudah memindahkan 7,476 orang dar Wamena menggunakan pesawat Hercules.
Manakala 4,179 orang dipindahkan menggunakan penerbangan komersial.
Sementara itu, jurucakap polis Papua memberi jaminan keadaan sudah kembalik tenang dan beberapa kedai serta pasar sudah mula beroperasi seperti biasa.
#Indonesia #New Guinea #Papua #Pegawai Kementerian Sosial Indonesia #pindah #protes #Wamena
;