10% wilayah Corrientes musnah dalam kebakaran hutan

Astro Awani
Februari 21, 2022 11:46 MYT
Kebakaran berkenaan telah mengancam hidupan liar di Taman Negara Ibera, yang merupakan kawasan tanah lembap terbesar di Argentina. - Foto AP
SANTA TECLA: Kebakaran hutan yang sangat dahsyat di wilayah Corrientes di timur laut Argentina memusnahkan hampir 800,000 hektar bersamaan 8,000 kilometer persegi tanah.
Menurut Institut Teknologi Pertanian Argentina, jumlah itu juga melibatkan 10 peratus dari wilayah itu.
Pasukan bomba bertungkus-lumus melakukan operasi memadamkan api.
Gabenor Corrientes, Gustavo Valdes, mengisytiharkan wilayah itu sebagai "zon bencana alam sekitar".
Kebakaran berkenaan telah mengancam hidupan liar di Taman Negara Ibera, yang merupakan kawasan tanah lembap terbesar di Argentina dan salah satu ekosistem terbesarnya.
Banyak haiwan mati akibat kebakaran tersebut, manakala terdapat juga digilis di jalan raya ketika orang ramai cuba melarikan diri dari kebakaran.
Sebahagian daripada haiwan tersebut didapati merayau mencari tempat baharu, selepas habitat mereka musnah akibat kemarau dan kebakaran.
#kebakaran hutan #bencana #haiwan #hidupan liar
;