10 maut serangan bom di Iraq

Agensi
Jun 8, 2016 02:34 MYT
Pihak berkuasa Iraq sedang mengalihkan kereta yang musnah susualan serangan bom di Karbala pada Selasa. - Foto AP/Anmar Khalil
Sekurang-kurangnya 10 orang awam terbunuh, sementara 26 lain dilaporkan cedera dalam serangan bom kereta di Karbala, Iraq pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa, serangan itu berlaku di kawasan yang sibuk di bandar berkenaan yang terletak 90km ke selatan Baghdad.
Katanya, tiada pihak mengaku bertanggungjawab, namun, pihak berkuasa percaya serangan didalangi militan Daish yang mensasarkan penganut Syiah.
Baghdad telah menyaksikan kitaran siri keganasan hampir setiap hari dalam beberapa minggu kebelakangan ini, terutamanya di selatan Iraq.
Bagaimanapun, beberapa serangan keganasan berjaya dipatahkan pihak keselamatan Iraq.
#Baghdad #Iraq #Karbala #serangan bom