10 maut korban kebakaran apartmen Paris

Astro Awani
Februari 5, 2019 07:05 MYT
Sebuah bangunan kediaman terbakar di Paris, Perancis, 5 Feb, 2019. Foto B. Moser/Brigade des Sapeurs-Pompiers de Paris (BSPP) via REUTERS
Satu kebakaran besar berlaku melibatkan sebuah apartmen sembilan tingkat di Paris pada Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang.
Pendakwa Raya Paris, Remy Heitz berkata, siasatan mendapati wujud unsur jenayah yang telah membawa kepada penahanan seorang wanita.
"Seorang yang tinggal di bangunan itu telah ditahan, iaitu seorang wanita berusia 40 tahun yang dikenali pernah mengalami penyakit mental.
"Dia berada di atas jalan (di luar bangunan) sebaik selepas kebakaran bermula. Dia ditahan polis sekarang. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana kebakaran telah terjadi," katanya.
Bangunan yang dibina pada 1970 itu mula terbakar pada bahagian atas sebelum api merebak.
Tiga puluh mangsa cedera melibatkan penghuni apartmen berkenaan dan enam anggota bomba.
Seramai 250 anggota bomba dikerah ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan hampir 50 orang mangsa.
Operasi baik pulih kini giat dijalankan.
#apartmen #bomba #cedera #jenayah #kebakaran #Paris #penyakit mental #polis #Remy Heitz #wanita
;