10 maut dalam kejadian tanah runtuh di Bandung

Astro Awani
Mac 27, 2013 09:18 MYT
Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Pasir Pogor, Bandung, Indonesia.
Puluhan yang lain dilaporkan masih hilang.
Menurut pihak berkuasa, mangsa yang maut termasuk lima kanak-kanak.
Kejadian pada subuh Isnin itu turut menyaksikan sembilan rumah di Perkampungan Cililin tertimbus.
Sekurang-kurangnya 300 anggota polis dikerah ke tempat kejadian.
Operasi mencari dan menyelamat bagaimanapun sukar dilakukan susulan kekurangan peralatan.
Musim hujan mengakibatkan puluhan tanah runtuh dan banjir kilat berlaku setiap tahun di republik itu.
Agensi Bencana Kebangsaan mendedahkan, sejak awal tahun, sebanyak 53 tanah runtuh direkodkan dengan 83 kematian dicatatkan.
#10 maut #Indonesia #Tanh runtuh
;