10 maut dalam kebakaran telaga minyak di Acheh

Reuters
April 25, 2018 02:49 MYT
Kebakaran itu berpunca daripada aktiviti pengimpalan paip yang sedang dilakukan di situ.
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran di sebuah telaga minyak di barat Acheh, hari ini, lapor Reuters.
Agensi penyelamat tempatan memaklumkan, kebakaran itu berpunca daripada aktiviti pengimpalan paip yang sedang dilakukan di situ.
Media tempatan, Antara, sebelum ini melaporkan lima orang terbunuh dan puluhan lagi mangsa cedera akibat aktiviti penggalian minyak haram di tapak tersebut.
#Acheh #Joko Widodo #mangsa kebakaran #minyak #telaga minyak #terbakar #Terbunuh #tercedera