10 maut dalam kebakaran rumah jagaan warga emas

Bernama
Julai 8, 2024 12:20 MYT
Pasukan forensik Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran. - Foto X/Cronicas del Este
MONTEVIDEO: Kebakaran di sebuah rumah jagaan warga emas di Treinta y Tres, Uruguay pada awal pagi Ahad mengorbankan 10 orang, menurut Jabatan Bomba Nasional, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan rasmi, mangsa terdiri daripada lapan wanita dan dua lelaki.
Insiden itu berlaku pada 6 pagi waktu tempatan (0900 GMT) di kompleks kediaman "Adulto Mayor" di pusat bandar.
Pasukan forensik Jabatan Bomba masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran
Anggota bomba dan pakar Jabatan Penyiasatan Bencana Montevideo telah dihantar untuk membantu dan menyiasat punca kebakaran.
-- BERNAMA
#kebakaran #pusat jagaan warga emas #Adulto Mayor #Jabatan Penyiasatan Bencana Montevideo
;