10 maut akibat serangan udara Israel di Syria
Agensi
November 18, 2020 00:34 MYT
November 18, 2020 00:34 MYT
Sekurang-kurangnya 10 terbunuh akibat serangan udara oleh Israel di Syria pada Rabu, lapor Balai Cerap Syria untuk Hak Asasi Manusia kepada Reuters.
Menurut kumpulan itu, antara yang terbunuh lima warga Iran dari pasukan Quds Elit dan sekurang-kurangnya dua adalah warga Lebanon atau ahli tentera Iraq Shi’ite.
Serangan itu memberi bayangan bahawa Israel akan meneruskan serangan merentas sempadan dan peralihan kuasa Presiden Donald Trump kepada Joe Biden tahun depan tidak akan memberi kesan terhadap polisi serangan berkenaan.
Israel sering melancarkan serangan terhadap sasaran Iran di Syria, dan serangan itu ditingkatkan tahun ini bagi mengurangkan pengaruh Iran.