10 kanak-kanak lemas, bot karam di Pakistan

Bernama
Januari 29, 2023 21:00 MYT
Anggota penyelamat menjalankan kerja mencari mangsa susulan kejadian bot karam di Empangan Tanda di Kohat, barat laut Pakistan, 29 Jan 2023. (Emergency Service Rescue 1122 via AP)
SERAMAI sepuluh kanak-kanak lemas apabila sebuah bot yang dinaiki karam di sebuah empangan di daerah Kohat wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, lapor Xinhua.
Bot yang dinaiki 25 kanak-kanak itu dilaporkan terbalik di Empangan Tanda awal pagi Ahad.
Seramai 16 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke hospital, kata Timbalan Pesuruhjaya daerah Kohat Furqan Ashraf.
Ashraf berkata, sembilan mayat lagi ditemukan di empangan, manakala seorang kanak-kanak meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Menurut sumber dari organisasi penyelamat Yayasan Edhi, kanak-kanak berkenaan merupakan pelajar seminari dan melakukan aktiviti rekreasi di empangan berkenaan.
--BERNAMA
#kanak-kanak lemas #bot karam #Empangan Tanda #Khyber Pakhtunkhwa