10 hilang, bot terbalik di Bihar, India

Bernama
September 14, 2023 21:43 MYT
Kejadian berlaku di sungai Bagmati di daerah Muzaffarpur, kira-kira 73 km ke utara Patna, ibu kota Bihar. - Gambar hiasan/Freepik
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 10 orang hilang manakala 20 lagi berjaya diselamatkan selepas bot yang dinaiki terbalik di Bihar di timur India pada Khamis, lapor Xinhua memetik pegawai tempatan.
Kejadian berlaku di sungai Bagmati di daerah Muzaffarpur, kira-kira 73 km ke utara Patna, ibu kota Bihar.
Susulan kejadian itu, anggota penyelamat dan pengurusan bencana dikerah ke lokasi berkenaan untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat.
-- BERNAMA
#bot terbalik #Bihar #India #sungai Bagmati
;