10 ekor haiwan terbunuh dalam kebakaran di taman hidupan liar
Agensi
November 29, 2019 21:24 MYT
November 29, 2019 21:24 MYT
SEKURANG-kurangnya 10 ekor haiwan terbunuh apabila sebuah taman hidupan liar terbakar dipercayai akibat kebakaran hutan yang melanda Ohio, Amerika Syarikat.
Menurut pihak berkuasa, antara yang tebunuh termasuk tiga ekor zirafah, tiga ekor babi dan tiga ekor kijang.
Kebakaran tersebut berlaku kira-kira 6.15 petang waktu tempatan pada Khamis di Taman Hidupan Liar Safari Afrika di Port Clinton.
Media tempatan turut melaporkan, beberapa haiwan lain berjaya melarikan diri dari dijilat api.
Pihak polis memaklumkan, antara yang terselamat adalah seekor zirafah yang berjaya melarikan diri.
“Zirafah yang terselamat kini masih hilang. Zirafah tersebut di dalam kandang yang berlainan. Mereka melepaskannya untuk menyelamatkan nyawa zirafah tersebut.
“Siasatan awal mendapati salah satu pagar kandang terbuka dan zirafah itu berjaya selamatkan dirinya.
“Pakar perubatan di tempat kejadian mencadangkan tidak menyuntik zirafah tersebut kerana mereka memerluka air. Saya percaya zirafah itu kini berdekatan kawasan air,” jelasnya.
Bagaimanapun, tiada manusia dilaporkan terkorban dalam kebakaran itu dan punca sebenar kejadian kini dalam siasatan.
Sementara itu, taman hidupan liar tersebut menerusi perkongsian di Facebook menyifatkan insiden tersebut amat menyedihkan.
Taman hidupan liar itu dilaporkan tutup bagi sambutan Thanksgiving atau Hari Kesyukuran pada Khamis dan sepatutnya dibuka semula pada Jumaat.
Bagaimanapun, disebabkan insiden ini ia ditutup buat sementara waktu bagi proses penyelenggaraan.
#Amerika Syarikat
#haiwan
#Hari Kesyukuran
#kebakaran hutan
#Ohio
#Port Clinton
#taman hidupan liar
#Taman Hidupan Liar Safari Afrika
#Terbunuh
#Thanksgiving