10 cedera letupan di loji penapis minyak di Bavaria

Reuters
September 1, 2018 07:43 MYT
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran yang mencederakan 10 orang di loji penapisan minyak Vohburg. - Foto Reuters
Sekurang-kurangnya 10 cedera dalam letupan di sebuah loji penapis minyak di Jerman.
Kejadian pada awal pagi Sabtu itu turut menyebabkan asap tebal yang dapat dilihat beberapa kilometer jauhnya.
Kesemua mangsa cedera merupakan pekerja di loji berkenaan.
Insiden di Bavaria itu turut menyebabkan hampir 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan.
Ia bagi mengelak kemungkinan berlakunya pencemaran toksid.
Menurut polis, api marak dengan pantas susulan beberapa letupan di loji berkenaan.
"Lebih kurang jam 5 pagi terdapat satu letupan di loji ini yang terletak di Vohburg," kata jurucakap polis, Hans Peter Kammerer.
Operasi mengawal kebakaran dilakukan lebih 500 anggota keselamatan.
Setakat ini, punca letupan masih dalam siasatan.
#Bavaria #cedera #Jerman #letupan #loji penapis minyak
;