10 cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin
Bernama
Jun 10, 2024 13:38 MYT
Jun 10, 2024 13:38 MYT
CHICAGO: Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.
Ketua Polis Madison, Shon Barnes dalam sidang media berkata seramai sembilan mangsa cedera akibat tembakan manakala seorang lagi cedera terkena pecahan kaca di majlis pesta di sebuah apartmen di pusat bandar Madison.
Mangsa berumur antara 14 hingga 23 tahun.
Barnes berkata polis menerima maklumat kejadian itu kira-kira 12.45 tengah malam (0545 GMT).
Tiada kecederaan yang dilaporkan mengancam nyawa mangsa.
Polis menemukan dua jenis kelongsong peluru berbeza di tempat kejadian, yang menunjukkan terdapat dua senjata berbeza digunakan.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini.
--BERNAMA-XINHUA