1 maut, 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona

Astro Awani
Mei 17, 2022 09:45 MYT
Seorang maut dan sekurang-kurangnya 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona pada Isnin. -AP
BARCELONA: Seorang maut dan sekurang-kurangnya 85 cedera dalam nahas dua kereta api di Barcelona pada Isnin.
Nahas berlaku apabila kereta api barang yang membawa potasy tergelincir di pintu masuk ke Stesen Sant Boi de Llobregat sekitar jam 6 petang waktu tempatan, lapor media tempatan.
Ia kemudian melanggar kabin kereta api penumpang yang sedang meninggalkan stesen pada ketika itu.
Pemandu kereta api penumpang meninggal dunia di tempat kejadian.
Sembilan mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital manakala punca nahas masih dalam siasatan.
#nahas kereta api #Stesen Sant Boi de Llobregat #kereta api penumpang #kereta api barang
;