1 maut, 6 cedera dalam serangan bom bunuh diri di balai polis Medan

Agensi
November 13, 2019 13:48 MYT
Serangan tersebut yang dilaporkan berlaku pada jam 8.40 pagi waktu tempatan mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan enam orang cedera. Gambar - Irsan Mulyadi/via REUTERS
Satu letupan yang dipercayai serangan bom bunuh diri berlaku di luar ibu pejabat polis Medan, Sumatera pada pagi Rabu.
Serangan tersebut yang dilaporkan berlaku jam 8.40 pagi waktu tempatan mengakibatkan sekurang-kurangnya seorang maut dan enam yang lain cedera, lapor Reuters.
Jurucakap polis, Muhammad Iqbal berkata penyerang telah melepasi pondok pengawal sebelum memasuki balai polis berkenaan yang dipenuhi orang awam.
Katanya, penyerang mati di tempat kejadian selepas meletupkan bahan letupan yang dibawanya.

Suasana kepanikan di depan Polrestabes Medan usai terjadinya ledakan yang diduga dari pelaku bom bunuh diri #BreakingNews pic.twitter.com/ErSFSchmIn

— SINDOnews (@SINDOnews) November 13, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mangsa yang cedera terdiri daripada empat anggota polis dan dua orang awam.
Media tempatan melaporkan letupan berlaku di kawasan letak kereta di luar Jabatan Narkotik, di ibu pejabat polis berkenaan.
Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia masih menyiasat punca serangan.
#bahan letupan #Jabatan Narkotik #letupan #meninggal dunia #Muhammad Iqbal #serangan bunuh diri
;