1 maut, 3 cedera dalam insiden babitkan dua jet di Arizona, AS

Bernama
Februari 11, 2025 11:50 MYT
Krew kecemasan bertindak susulan kejadian sebuah jet tergelincir dari landasan semasa mendarat dan bertembung dengan sebuah jet lain di lapangan terbang di Scottsdale, Arizona, AS, 10 Feb 2025. REUTERS
LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala tiga lagi dimasukkan ke hospital selepas insiden dua jet berlanggar di landasan Lapangan Terbang Scottsdale di negeri Arizona, barat daya Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa dan media tempatan pada Isnin.
Menurut kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat, sebuah pesawat Learjet 35A terbabas dari landasan selepas mendarat dan melanggar jet perniagaan "Gulfstream 200" yang berada di kawasan lapangan terbang Scottsdale.
Agensi yang bertanggungjawab mengawal selia penerbangan awam di negara itu memaklumkan bahawa jumlah sebenar penumpang dalam kedua-dua pesawat masih belum diketahui.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #dua jet berlanggar #Lapangan Terbang Scottsdale #pesawat terbabas
;