1 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Jepun

Bernama
Jun 14, 2023 16:40 MYT
Polis Jepun menahan seorang ahli GSDF berusia 18 tahun yang dikatakan telah melepaskan tembakan dan didakwa atas cubaan membunuh, menurut penyiasat. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Seorang anggota tentera dari Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) maut dan dua lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di lapang sasar GSDF di Gifu City di tengah Jepun, lapor Xinhua memetik penyiar NHK.
Polis Jepun menahan seorang ahli GSDF berusia 18 tahun yang dikatakan telah melepaskan tembakan dan didakwa atas cubaan membunuh, menurut penyiasat.
Ketiga-tiga mangsa yang ditembak berusia dalam lingkungan 20-an dan 50-an.
Kawasan lapang sasar itu terletak beberapa kilometer di timur laut Stesen JR Gifu.
Tiada laporan kematian melibatkan orang awam dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
#kes tembakan #Jepun #maut #Pembunuhan
;