1,500 rumah musnah akibat ribut taufan tropika Marcia di Queensland

AFP
Februari 22, 2015 14:01 MYT
Menurut kerajaan Australia, segala usaha sedang dilakukan untuk membantu mangsa yang terjejas sejak Jumaat lalu. - Foto AFP
1,500 rumah rosak dan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik akibat ribut taufan tropika Marsia yang melanda Queensland.
Menurut kerajaan Australia, segala usaha sedang dilakukan untuk membantu mangsa yang terjejas sejak Jumaat lalu.
Taufan Marcia merupakan ribut kategori ke lima iaitu yang paling kuat mengganas di timur Queensland dan menyebabkan kemusnahan teruk di Yeppoon sekitar 670 kilometer dari ibu kota Brisbane, sebelum ia menuju ke selatan di Rockhampton.
Sebelum itu, taufan pertama, Lam membadai kawasan terpencil di wilayah utara dekat Elcho Land iaitu sekitar 500 kilometer dari timur Darwin.
Perdana Menteri Queensland Annastacia Palaszczuk berkata, penilaian dilakukan ke atas lebih 1,500 rumah yang mengalami kerosakan struktural.
Sementara kerja membersih kawasan yang terjejas dijalankan, syarikat elektrik dan telefon sedang berusaha untuk memulihkan bekalan tenaga elektri dan sistem telekomunikasi.
#Queensland #ribut taufan tropika Marsia #Taufan Marcia