1.2 juta pek makanan diagih di Mekah, Madinah

Agensi
Mac 29, 2023 16:00 MYT
Persatuan Hadiyah memaklumkan seramai 750 sukarelawan akan membantu para Jemaah sepanjang Ramadan ini. - Gambar Unsplash
MEKAH: Persatuan Kebajikan Haji dan Mu'tamer di Mekah, Hadiyah dilaporkan mula melaksanakan pengagihan tahunan juadah iftar dan sahur kepada jemaah umrah sepanjang bulan Ramadan.
Difahamkan, pada tahun ini persatuan berkenaan menyasarkan mengedarkan sekurang-kurangnya 1.2 juta pek makanan.
Agensi Akhbar Saudi (SPA) melaporkan agihan makanan secara besar-besaran itu akan diberikan kepada jemaah di Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah.
Sementara itu, persatuan Hadiyah memaklumkan seramai 750 sukarelawan akan membantu para jemaah sepanjang Ramadan ini.
#Madinah #Ramadan #agihan makanan percuma #Puasa 2023
;