1,190 kilometer persegi hutan Amazon ditebang pada Mei

Astro Awani
Jun 4, 2021 06:45 MYT
Seluas 1,190 kilometer persegi hutan Amazon digondolkan pada bulan Mei, menyaksikan peningkatan 41 peratus berbanding bulan yang sama pada 2020. -Gambar fail/pexels
BRASILIA: Seluas 1,190 kilometer persegi hutan Amazon digondolkan pada bulan Mei, menyaksikan peningkatan 41 peratus berbanding bulan yang sama pada 2020.
Penebangan hutan di Brazil itu mencatat rekod kemusnahan paling teruk pernah berlaku, kata Institut Penyelidikan Angkasa Nasional Brazil (INPE),
Ini adalah bulan ketiga berturut-turut di mana rekod seperti itu dicatatkan dan menimbulkan persoalan serius mengenai komitmen Presiden Jair Bolsonaro untuk melindungi hutan hujan.
Angka penebangan hutan dikumpulkan oleh Sistem Pemerhatian Satelit INPE sejak 2015.
Pada April, 580 kilometer persegi hutan hujan musnah.
Sejak mentadbir pada tahun 2019, Bolsonaro giat mempromosi untuk mengkomersialkan Amazon.
Namun beliau sebelum ini berjanji untuk membendung penebangan hutan haram pada tahun 2030, 10 tahun daripada sasaran awal.
Dari awal tahun sehingga 28 Mei, sekitar 2,337 kilometer persegi hutan hujan Amazon ditebang oleh industri pembalakan dan pertanian.
#Amazon #pembalakan #Inpe #Jair Bolsonaro #hutan #hutan digondol #penebangan hutan haram #pokok ditebang
;