Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property

Bernama
Julai 23, 2018 18:50 MYT
Zeti yang kini memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun, 2018. - Gambar fail/BERNAMA
Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
Zeti yang kini memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar yang bersara pada 30 Jun, 2018.
Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan menyebut kehadiran Zeti memperkukuh komitmen PNB ke atas bekas gabenor itu serta perjalanan transformasinya.
“Kami berharap dapat bekerja di bawah kepimpinan Zeti dalam memajukan syarikat pada masa hadapan dan merealisasikan nilai kepada pihak berkepentingan,” katanya.
BACA: Zeti ganti Abdul Wahid sebagai Pengerusi PNB
Syarikat itu turut melantik Datin Norazah Mohamed Razali sebagai pengerusi baharu jawatankuasa pencalonan dan pengiraan, menggantikan Datuk Rohana Mahmood yang meletak jawatan pada 30 Jun, 2018.
-- BERNAMA
#Amrin Awaluddin #Bank Negara Malaysia #bekas gabenor BNM #pengerusi #Permodalan Nasional Bhd #PNB #Sime Darby Property #Zeti Akhtar Aziz
;