Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dianugerahi keanggotaan sepanjang hayat Institut Bank-bank Bertauliah Asia (AICB) pada majlis penganugerahan bank bertauliah pertama, di sini.
Keanggotaan itu dianugerah secara bersama oleh AICB dan Institut Bank Bertauliah (CBI).
Dalam ucapan penerimaannya, Zeti menyifatkan peluang yang diberi kepadanya untuk menyumbang dalam pembangunan sistem kewangan negara, serta kestabilan kewangan dan ekonomi makro, sebagai satu penghormatan.
"Ia satu pengalaman yang amat berharga memandangkan perkembangan keseluruhan dan kemajuan sistem kewangan serta industri perkhidmatan kewangan terus diiringi pertumbuhan dan kestabilan," katanya.
Sebanyak 45 ahli perbankan Malaysia menjadi kumpulan pertama dianugerahi kelayakan perbankan tertinggi pada majlis itu.
Penerima merangkumi nama-nama gah dalam sistem perbankan Malaysia.
Zeti menerima anugerah daripada Pengerusi AICB yang juga Pengerusi Kumpulan AmBank Tan Sri Azman Hashim, yang sebelum itu menerima anugerah Felo daripada Naib Presiden Kanan CBI, Robert Dickie.
Daripada 45 ahli perbankan bertauliah, 15 termasuk Azman dianugerahi gelaran Felo 'Chartered Banker' berdasarkan tempoh keanggotaan mereka dalam AICB serta pengalaman luas dalam industri.
Timbalan Gabenor BNM Datuk Muhammad Ibrahim, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias, Pengerusi RHB Bank Bhd Tan Sri Azlan Mohd Zainol, dan Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Khazanah Datuk Charon Wardini Mokhzani adalah antara 15 penerima berkenaan.
Dalam ucapan penerimaannya, Azman menggambarkan peranan ahli perbankan bertauliah sebagai memprofesionalkan dan mendidik komuniti perbankan ketika "kita bergerak ke arah era baharu dalam perbankan".
Azman juga mengetuai 45 penerima mengangkat sumpah tatalaku profesional sebagai satu komitmen kepada industri.
AICB yang sebelum ini dikenali sebagai Institut Bank-bank Malaysia (IBBM) adalah badan tadbir urus profesional industri perbankan dan perkhidmatan kewangan.
Bernama
Fri Nov 06 2015
Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (tiga,kiri) pada majlis Penganugerahan Chartered Banker di Sasana Kijang Bank Negara Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
'Zhuhai Airshow' kembali menemui pencinta aeronautik
Pertunjukan penerbangan dan pameran aeroangkasa antarabangsa terbesar China kembali menemui peminat industri aeronautik yang membuka tirainya pada Selasa. Pertunjukan udara Zhuhai yang kembali bagi tahun ke-15 itu mempamerkan pelbagai jenis pesawat berteknologi tinggi yang dihasilkan oleh China dan pelbagai negara lain, termasuk aset ketenteraan.
Tumpuan Rabu – 13 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
China terus beri tekanan kepada Filipina
Isu laut China Selatan terus memuncak antara Filipina dengan China. Filipina mendakwa China tidak berhenti memberi tekanan untuk menyerahkan hak kedaulatannya di lautan itu.
10 Berita Pilihan - (12 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aktor Korea Selatan, Song Jae Rim, meninggal dunia
Punca kematian masih disiasat, namun polis memaklumkan tidak menemui sebarang unsur jenayah setakat ini.
New Zealand buat permohonan maaf
New Zealand menawarkan permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga ratusan ribu orang muda dan golongan rentan yang mengalami penderaan fizikal dan seksual di institusi jagaan sejak 70 tahun lalu.
Israel bawa bencana alam sekitar di Gaza - Erdogan
Erdogan menuntut agar mereka yang bertanggungjawab dibicarakan di mahkamah antarabangsa dan diberi hukuman setimpal.
Anugerah usaha tegas cungkil bakat kesenian artis muda
Seni bukan hanya sekadar karya perhiasan semata-mata tetapi ia adalah simbol mengungkap banyak mesej tersirat dalam setiap coretan lukisan.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Pengerusi Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas 2024, Henry Tan berkata, penganjuran anugerah berprestij lebih dua dekad itu bagi mengembang bakat pelajar seni tempatan dengan objektif menonjolkan kekayaan warisan negara.
Siasatan kerugian pelaburan diguna tambah baik tatakelola
Dapatan audit dalaman dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet), akan digunakan untuk menambah baik tatakelola Khazanah Nasional Bhd (Khazanah)
Pengamal media bantu bendung elemen negatif di media sosial - Fadillah
Pengamal media sebagai rakan komunikasi strategik kerajaan perlu bersama membantu membendung elemen negatif di media sosial termasuk buli siber dan menangkis berita palsu.
BSN lantik Ketua Eksekutif baharu
Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan Datuk Yunos Abd Ghani sebagai Ketua Eksekutif baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Disember 2017.