Xiaohongshu dinilai US$17 bilion, platform sosial China paling pantas berkembang
Amanz
Julai 12, 2024 09:45 MYT
Julai 12, 2024 09:45 MYT
DI China, salah satu platform yang kini berkembang pesat dan digunakan ramai anak muda adalah Xiaohonshu, atau turut dikenali sebagai RED di pasaran luar, termasuk di Malaysia.
Ia menawarkan bentuk paparan grid dan mengabungkan perkongsian gambar dan video melaluinya.
Terbaru, melalui FinancialTimes, ia dilaporkan Xiaohongshu telah menerima suntikan dana pelaburan baharu, sekali gus menilaikan perkhidmatan sosial berkenaan pada nilai sekitar US$17 bilion.
Xiaohongshu membawa maksud terjemahan 'Little Red Book' atau 'Buku Merah Kecil', sedia menerima pelaburan beberapa pihak, termasuk Tencent, Alibaba dan juga Temasek sebelum ini.
Pada 2023 lepas sahaja, Xiaohongshu telah mempunyai lebih 312 juta pengguna aktif bulanan, dan ia terus meningkat popular dari bulan ke bulan.
Di Malaysia juga, aplikasi ini giat digunakan dalam komuniti berbangsa Cina dalam berkongsi pelbagai perkara dari segi percutian, makanan, fesyen, pendidikan, dan sebagainya.
Aplikasi yang lebih kurang sama pernah cuba dipasarkan oleh Bytedance, iaitu Lemon8. Namun, ia seperti gagal mencapai angka pengguna aktif yang tinggi seperti Xiaohongshu, walaupun diluar China.