Xbox perkenal Copilot For Gaming tidak lama lagi
Amanz
Mac 15, 2025 16:00 MYT
Mac 15, 2025 16:00 MYT
Xbox akan memperkenalkan Copilot sebagai pembantu maya untuk konsol Xbox dan peranti pintar, membantu pengguna dalam permainan. -Amanz
COPILOT ialah teknologi AI keluaran Microsoft yang boleh dimanfaatkan pada pelbagai perkhidmatan sedia ada oleh syarikat tersebut.
Ringkasan AI
- Copilot ialah teknologi AI Microsoft yang digunakan dalam pelbagai perkhidmatan seperti Windows 11, Microsoft Office, dan Microsoft Teams.
- Xbox akan memperkenalkan Copilot sebagai pembantu maya untuk konsol Xbox dan peranti pintar, membantu pengguna dalam permainan.
- Microsoft akan memperincikan ciri Copilot untuk Xbox di acara GDC 2025.
Ia dapat dilihat pada sistem operasi Wiindows 11, perisian produktiviti pejabat Microsoft Office, Microsoft Teams dan sebagainya.
Terkini, Xbox akan memperkenalkan pembantu maya Copilot pada konsol Xbox dan juga untuk peranti pintar, dan mungkin kelak akan diintegrasi pada PC untuk membantu pengguna melepasi halangan-halangan yang mungkin terlalu sukar untuk mereka.
Apa yang diperlihatkan pada podsiar Xbox membolehkan pengguna untuk meminta bantuan bagaimana untuk melakukan sesuatu dalam permainan, atau bagaimana mahu melepasi sesuatu tahap ataupun bagaimana untuk melawan bos.
Copilot juga boleh menunjukkan panduan yang boleh dibaca untuk melepasi mana-mana halangan yang tidak boleh dilepasi.
Microsoft dijangka akan memperlihatkan butiran lebih lanjut mengenai ciri Copilot untuk Xbox ini di acara GDC 2025 tidak lama lagi. -Amanz