WTCKL diiktiraf 'Best International Business Event Branding'

Firdaus Azil
Disember 10, 2021 11:54 MYT
Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menyifatkan pengiktirafan itu adalah hasil kerja keras warga WTCKL.
KUALA LUMPUR: World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) diiktiraf sebagai ‘Best International Business Event Branding’ dalam Anugerah Emas Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) 2021 pada Khamis.
Pengarah Eksekutif Kumpulan WTCKL Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menyifatkan pengiktirafan itu adalah hasil kerja keras warga WTCKL di sebalik cabaran berdepan dengan pandemik COVID-19.
“Kita berdepan dengan pelbagai cabaran selama dua tahun dan ternyata kita sangat terkesan, dan apa yang kami capai selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) amat luar biasa.
“Ini adalah satu kebanggaan serta memberikan satu imej yang positif buat WTCKL dan kepada pemain industri MICE, sector Acara Perniagaan (BE) di Malaysia, peringkat antarabangsa serta boleh dijadikan sebagai rujukan kepada 320 rangkaian World Trade Centers Associations (WTCA),” kata beliau dalam satu kenyataan.
Anugerah MTC adalah acara prestij yang paling dinanti dalam memberikan pengiktirafan kepada pelbagai perkhidmatan profesional berkualiti yang memberi manfaat kepada sektor pelancongan di Malaysia.
#World Trade Centre Kuala Lumpur #WTCKL #Irmohizam Ibrahim #World Trade Centers Associations
;