Wong Mee Yen dilantik sebagai Ketua Pegawai Kewangan AirAsia X Berhad

Raja Hisyam Raja Zaid
Disember 19, 2017 21:54 MYT
Wong Mee Yen dilantik Ketua Pegawai Kewangan AirAsia X Berhad baharu.
Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia X Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Wong Mee Yen sebagai Ketua Pegawai Kewangan AirAsia X Berhad berkuat kuasa 1 Januari 2018.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AirAsia,Wong menggantikan Ketua Eksekutif Kewangan (CFO) Cheok Huei Shian yang kini mengetuai Pasukan Pembiayaan AirAsia X Berhad sejak 25 Februari 2015.
Wong akan berkhidmat di bawah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad Benyamin Ismail dan akan bertanggungjawab bagi kewangan korporat, perbendaharaan, perancangan kewangan dan analisis serta perhubungan pelabur.
Mengulas mengenai pelantikan itu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Datuk Kamarudin Meranun meletakkan keyakinan bahawa Mee Yen mampu menggalas tugas dan memacu memacu transformasi perniagaan strategik dan kewangan syarikat itu.
Ini memandangkan beliau telah bekerjasama rapat dengan Tony Fernandes sejak sekian lama sebagai Pengawal Kewangan Kumpulan AirAsia Berhad dan mempunyai pengalaman yang luas.
Wong menyertai AirAsia Berhad pada tahun 2004 hingga 2007 sebagai Pengawal Kewangan Kumpulan AirAsia x berhad.
Wong juga adalah Ketua Pegawai Kewangan (Projek MRT) LMG Rail Car Sdn Bhd.
#2015 #AirAsia #Airasia X #CFO #Ketua Pegawai Eksekutif #kewangan #MRT #penerbangan #Tony Fernandes #Wong Mee Yen
;