WIEF: Terokai teknologi terkini bagi membuka peluang baharu

Hafiz Marzukhi
November 22, 2017 16:14 MYT
"Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka," kata Wieam. - Foto Astro AWANI
Teknologi baharu perlu diterokai kerana ia mampu membuka peluang baharu untuk merancakkan ekonomi.
Pegawai Media Agensi Pembangunan Pelaburan Tatarstan di Rusia, Wieam Al-Sharabi berkata tujuan utama negara tersebut melibatkan diri dalam sistem teknologi terbaharu adalah untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang untuk mengukuhkan ekonomi.
"Sistem-sistem terbaharu seperti teknologi blockchain diteroki bukan sahaja kerana ia adalah peluang baharu tetapi juga kerana tahap keselamatan sistem tersebut.
"Dengan ini, rakyat dan pelabur yang terlibat dengan negara ini akan yakin dengan dana yang dilaburkan mereka," kata Wieam.
Beliau ditemui ketika salah satu sesi perbincangan di Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF)yang masuk hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Pada hari pertama semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menekankan kepentingan menyediakan generasi muda dengan kemahiran berkaitan teknologi baharu supaya mereka boleh bersedia untuk pekerjaan yang masih belum wujud ketika ini.
Perkara tersebut turut disentuh pengasas bersama Apple Incorporated Steve Wozniak yang menggalakkan kerajaan untuk menyokong pembangunan digital di negara masing-masing.
#Apple #ekonomi #kerajaan #Kuching #Najib Razak #Perdana Menteri #rakyat #Rusia #Tatarstan #Wieam Al-Sharabi #WIEF
;