Weststar Aviation Services bermula operasi di Afrika

Shein Shanin
Mei 31, 2013 17:44 MYT
Weststar Aviation Services Sdn Bhd mengumumkan operasi antarabangsa pertamanya semasa mendatangani kontrak dengan Tullow Mauritiana Limited, di London, United Kingdom.
Dengan perjanjian RM500 juta ini Weststar akan memberi perkhidmatan penerbangan luar pesisir di Mauritania Afrika yang dijangka bermula pada Ogos 2013.
Dua helikopter Agusta Westland AW139 akan digunakan bagi tujuan itu.
Ini adalah sebagai sokongan kepada penggerudian minyak dari empat telaga minyak yang akan siap dalam 18 bulan akan datang.
Kedua helikopter ini dijangka tiba di Mauritiana pada pertengahan Jun.
Dalam lima tahun akan datang Weststar mensasarkan kontrak 100 helikopter dengan syarikat luar pesisir.
Sementara itu Pengarah Urusan Kumpulan, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata Weststar juga akan mengembangkan peranannya di dalam negara Asean.
Turut hadir dalam majlis menandatangani kontak ini adalah Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong.
Tullow Oil merupakan syarikat minyak dan gas yang tersenarai di bursa London, Ghana dan Ireland.
Ia mempunyai kepentingan dalam lebih 140 lesen pengekluaran dan penerokaan di 25 negara di Afrika, Europe, dan Asia.
#Tullow Mauritiana Limited #Weststar Aviation Services Sdn Bhd
;