Weststar akan memulakan operasi runcit automotifnya di Indonesia tahun ini
Shein Shanin
Julai 29, 2013 20:00 MYT
Julai 29, 2013 20:00 MYT
Kumpulan syarikat Weststar menerusi cabang perniagaan automotifnya ingin memulakan operasi runcitnya di Indonesia pada October tahun ini.
Ia menyasarkan jualan antara 100 unit van perkhidmatan Maxus diantara October dan Disember dan 2000 unit setahun selepas itu.
Menurut Timbalan Presiden Kanan Kumpulan automotifnya Datuk Nik Hamdan Nik Hasan langkah ini merupakan satu cabaran bagi Weststar kerana Indonesia merupakan pasaran yang besar.
Terdapat antara 50-60 000 van ini dalam pasaran Indonesia berbanding 9000 dalam pasaran Malaysia.
“ Kami mendapat Form D dimana kami diberi pelepasan duti supaya kami boleh memasuki pasaran Indonesia dengan lebih berdaya saing,” kata Datuk Nik Hamdan.//
Tambah beliau, van Maxus mempunyai ruang yang besar berbanding pesaing van seperti Toyota dan Nissan.
Selain itu, van itu boleh diubah suai mengikut kehendak operasi pelanggan dan kini meluas digunakan di dalam pelbagai sektor antaranya perbankan, kesihatan, penyiaran dan pos.
Van perkhidmatan itu dijual pada harga jualan bermula RM180,000 seunit bergantung kepada kehendak pelanggan untuk mengubah suai van berkenaan.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Berbuka Puasa Weststar dengan anak anak yatim di Kota Bharu, Kelantan.
Sementara itu, Weststar berkata antara cabaran utama adalah mendapat tenaga kerja.
“Tullow oil merupakan pelanggan terbaru kami, dan mereka mempelawa kami menyokong operasi di Guinea Conarky, malah ia susah untuk mendapat tenaga kerja terutamanya jurutera dan juruterbang,”
Menurut Weststar, 70% tenaga kerja syarikat itu adalah rakyat Malaysia dan 30% adalah dari luar negera.