WEF 2022: Malaysia perlu titik berat ESG dalam Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik

Rahimah Abdullah
Mei 24, 2022 22:38 MYT
Malaysia perlu menitikberatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara. Gambar Astro AWANI
MALAYSIA perlu menitikberatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, ia sekali gus menuntut negara melakukan persediaan rapi dan sentiasa berdaya tahan dalam berdepan risiko ekonomi.
"Perkara-perkara yang kami cadangkan sekarang dan teliti ialah ESG. Setiap badan berfikir tentang menangani misi di setiap sudut.
"Namun, sudah tentu ada masyarakat dan tadbir urus yang perlu anda tangani. Saya rasa ini adalah tawaran kepada laluan ekonomi dan kami sudah melihatnya awal lagi, sekurang-kurangnya di peringkat Petronas.
"Kita perlu berurusan dengan misi, standard buruh, dan membenarkan persaingan. Kami melihat ini, kami menjangkakannya, dan kami perlu bersedia untuknya," katanya semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 bertajuk Jangkaan Strategik ASEAN di Davos, Switzerland.
Pada Isnin, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, memperkenalkan 13 negara yang menyertai IPEF.
Selain malaysia dan Amerika Syarikat, turut tersenarai ialah Australia, India, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina , Thailand dan Vietnam.
#WEF #Forum Ekonomi Dunia #Petronas #Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz
;