WEF 2022: Cukai golongan jutawan untuk bantu wanita - Oxfam
Najib Aroff
Mei 24, 2022 22:09 MYT
Mei 24, 2022 22:09 MYT
DAVOS: Kumpulan gerakan kesamarataan, Oxfam International mengesa agar golongan jutawan dicukai tinggi bagi membantu golongan wanita yang berdepan kemiskinan disebabkan pandemik.
Pengarah Eksekutifnya Gabriela Bucher berkata, beberapa industri mempunyai prestasi amat memberangsangkan dan kekayaan golongan jutawan ini berlipat kali ganda ketika tempoh dua tahun pandemik, namun bagi sebahagian besar wanita, mereka masih ketinggalan.
“Sesetengah industri sebenarnya menunjukkan prestasi yang sangat baik dan kekayaan jutawan telah meningkat dengan pesat dalam tempoh dua tahun pandemik tetapi, di sisi lain, wanita telah diketepikan," katanya.
Beliau berkata situasi golongan wanita jauh ketinggalan berlaku secara besar di bahagian Selatan Global, iaitu rantau melibatkan Amerika Latin, Asia, Afrika dan Oceania yang mana mereka hilang pekerjaan dalam sektor informal.
Beliau menyatakan bahawa mencapai kesaksamaan jantina kini akan mengambil masa 136 tahun, dengan wabak COVID-19 menolak kemajuan yang sudah dicapai kepada jurang satu generasi.
Bucher turut mengesa perubahan struktural ekonomi, seperti melalui percukaian.
“"Secara umumnya mereka yang mendapat untung di peringkat atas kebanyakannya lelaki dan keseluruhan sistem dipikul di bahu wanita dalam erti kata kerja penjagaan tanpa gaji," katanya.
"Kami menyokong cukai kekayaan untuk membiayai penyelesaian", katanya.