WEF 2016: ASEAN perlu satu set peraturan untuk jadi blok ekonomi - Johan Idris

Astro Awani
Jun 2, 2016 16:47 MYT
JOHAN: Jika ASEAN ingin menjadi sebuah blok ekonomi atau sebuah ekonomi gabungan, ia memerlukan satu set 'peraturan ASEAN'.
Kepelbagaian peraturan dan undang-undang di ASEAN mungkin mewujudkan cabaran untuk syarikat menubuhkan operasi serantau.
Menurut rakan niaga mengurus KPMG Malaysia, Datuk Johan Idris, jika ASEAN ingin menjadi sebuah blok ekonomi atau sebuah ekonomi gabungan, ia memerlukan satu set 'peraturan ASEAN'.
Tambahnya, ketika ini beberapa sektor perniagaan seperti perakaunan mempunyai peraturan yang lebih berpusat berbanding sektor lain.
Pada November 2013, negara di ASEAN menandatangani perjanjian pengiktirafan bersama dalam perkhidmatan perakaunan.
Perjanjian ini akan memudahkan pergerakan modal insan, akreditasi, pensijilan dan cara terbaik dalam industri.
Beliau menegaskan asean memerlukan universiti dan sekolah asean untuk memastikan ia dapat membuat lonjakan ke hadapan.
Ini akan menjamin visi ASEAN akan tetap dapat diteruskan biarpun dengan pertukaran pemimpin dan kerajaan di negara ASEAN.
#ASEAN #Johan Idris #KPMG Malaysia #peraturan ASEAN #perjanjian pengiktirafan bersama
;