WEF 2016: Asean berdepan kekurangan bakat mahir menjelang 2020

Astro Awani
Jun 1, 2016 16:37 MYT
Namun dalam masa sama beberapa jawatan dan pekerjaan dijangka akan ditamatkan susulan penggunaan mesin. -Gambar hiasan
Menjelang tahun 2020, bilangan bakat mahir dijangka semakin berkurangan.
Kajian masa depan pekerjaan terbitan Forum Ekonomi Dunia meramalkan prospek pekerjaan untuk 15 ekonomi utama termasuk Asean dijangka akan meningkat.
Namun dalam masa sama beberapa jawatan dan pekerjaan dijangka akan ditamatkan susulan penggunaan mesin.
Berita baiknya adalah untuk setiap jawatan, pekerjaan yang ditamatkan empat jawatan dan pekerjaan baharu akan diwujudkan.
Namun, cabarannya adalah untuk mencari tenaga kerja yang sesuai untuk memenuhi permintaan berkenaan.
Antara keperluan pekerjaan di masa depan termasuk kemahiran sains dan teknologi, sosial dan kerjasama.
WEF menjangka perniagaan di Asean akan berdepan cabaran unik iaitu peningkatan peluang pekerjaan, namun tiada tenaga kerja sesuai.
WEF mencadangkan kerajaan mewujudkan ekosistem pendidikan dan pekerjaan yang baharu berasaskan ekonomi Asean yang lebih berintegrasi.
Tambahnya, syarikat tidak boleh lagi menjadi pengambil pekerja yang sedia ada, sebaliknya menyumbang kepada mewujudkan pekerja yang sesuai.
#ASEAN #Forum Ekonomi Dunia #prospek pekerjaan #WEF ASEAN 2016
;